Saturday, February 25, 2012

AMALAN-AMALAN YANG MENDAPAT GANJARAN DARI ALLAH SWT

Kadangkala niat yang baik sahaja pun sudah ada ganjaran apatah lagi jika disusuli dengan amalan. Rasulullah SAW bersabda:

"Niat seorang mukmin lebih baik dari amalannya"

Memberi tunjuk ajar kepada orang lain atau menunjukkan jalan yang baik supaya dia dapat melakukannya juga mendapat ganjaran sebagaimana orang yang melakukannya. Nabi SAW bersabda:

"Orang yang menunjukkan seseorang kepada kebaikan adalah seperti mengerjakannya"

Dari hadiths Nabi SAW diatas. Jelaslah bahawa menyampaikan dan menyebarkannya isi kandungan ini juga, akan mendatangkan kebaikan dan menerima ganjaran pahala dari Allah SWT. "Copy & Paste". Sebarkan...

1. IBADAT PUASA 6 HARI DI BULAN SYAWAL
Ganjaran: Pahala Berpuasa Setahun.

Dari Abu Ayyub r.a. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa berpuasa dalam bulan Ramadhan kemudian mengikutinya dengan enam hari dari bulan Syawwal, maka ia adalah seperti berpuasa setahun penuh.” (Riwayat Muslim)

2. MENYEMPURNAKAN WUDUK DAN MEMBACA DOA SELEPAS WUDHUK
Ganjaran: Dibuka Lapan Pintu Syurga Dan Boleh Memasuki Dari Mana-mana Pintu.

Dari Umar bin al-Khaththab r.a. dari Nabi SAW bersabda:

“Tiada seorangpun dari engkau semua yang berwudhu’ lalu ia menyampaikan yakni menyempurnakan wudhu’nya, kemudian mengucapkan:Asyhadu alla ilaha illallah wahdahu la syarika lah, wa asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa rasuluh, melainkan di-bukakanlah untuknya pintu syurga yang delapan buah banyaknya. la diperbolehkan masuk dari pintu manapun juga yang dikehendaki olehnya.” (Riwayat Muslim)

3. SOLAT SUNAT SUBUH 2 RAKAAT
Ganjaran: Lebih Baik Dari Dunia Dan Isinya.

Dari Aisyah radhiallahu ‘anha pula dari Nabi SAW, sabdanya:

“Dua rakaat sunnah fajar yakni sebelum Subuh adalah lebih baik nilainya daripada dunia dan apa saja yang ada di dalamnya ini -yakni dunia dan seisinya.” (Riwayat Muslim)

4. SOLAT SUBUH DAN ASAR SYURGA
Ganjaran: Ianya akan Dimasukkan Ke Dalam Syurga.

Dari Abu Musa r.a. bahwasanya Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang bersembahyang shalat bardain yakni shalat Subuh dan salat Asar, maka ia akan masuk syurga.” (Muttafaq ‘alaih)

5. BERZIKIR SELEPAS SUBUH SEHINGGA TERBIT MATAHARI
Ganjaran: Pahala Ibadat Haji Dan Umrah.

Diriwayatkan daripada Anas R.anhu katanya:

"Sesiapa yang solat subuh secara berjemaah, kemudian dia duduk mengingati Allah sehingga terbit matahari, kemudian dia mengerjakan solat sebanyak dua rakaat, dia akan mendapat pahala seperti pahala haji dan umrah yang sempurna.

6. SOLAT BERJEMAAH
Ganjaran: 27 Kali Ganda Dari Solat Bersendirian.

Dari Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma bahwasanya Rasulullah SAW bersabda:

“Shalat jamaah adalah lebih utama dari shalat fadz – yakni sendirian -dengan kelebihan duapuluh tujuh derajat.” (Muttafaq ‘alaih)

7. SOLAT ISYAK DAN SUBUH BERJEMAAH
Ganjaran: Solat Isyak - Pahala Menghidupkan Separuh Malam.
Ganjaran: Solat Subuh - Pahala Menghidupkan Sepenuh Malam.

Dari Usman r.a., katanya: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:

”Barangsiapa yang mengerjakan shalat Isya’ dengan jamaah, maka seolah-olah ia mendirikan shalat separuh malam dan barangsiapa yang mengerjakan shalat Subuh dengan jamaah, maka seolah-olah ia mendirikan shalat semalam suntuk.” (Riwayat Muslim)

8. SOLAT SUNAT RAWATIB
2 Rakaat Sebelum Subuh, 2 Rakaat Sebelum Dan Selepas Zohor,2 Rakaat Sebelum Asar,2 Rakaat Selepas Maghrib, 2 Rakaat Sebelum Dan Selepas Isyak
Ganjaran: Dibina Untuknya Rumah Di Syurga.

Dari Ummul mu’minin yaitu Ummu Habibah yakni Ramlah binti Abu Sufyan radhiallahu ‘anhuma, katanya: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Tiada seorang hambapun yang Muslim yang bersembahyang karena Allah Ta’ala setiap hari dua belas rakaat sebagai shalat sunnah yang bukan diwajibkan, melainkan Allah akan mendirikan untuknya sebuah rumah dalam syurga, atau: melainkan untuknya akan didiri-kanlah sebuah rumah dalam syurga.” (Riwayat Muslim)

9. MEMBACA AL-QUR’AN
Ganjaran: 1 Huruf 10 Pahala

Dari Ibnu Mas’ud r.a., katanya: Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang membaca sebuah huruf dari kitabullah -yakni al-Quran, maka ia memperoleh suatu kebaikan, sedang satu kebaikan itu akan dibalas dengan sepuluh kali lipat yang seperti itu. Saya tidak mengatakan bahwa alif lam mim itu satu huruf, tetapi alif adalah satu huruf, lam satu huruf dan mim juga satu huruf.”Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan shahih.

10. BERSEDEKAH
Ganjaran: 700 Kali Ganda

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah Ayat 261:

Bandingan (derma) orang-orang Yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih Yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa Yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.

11. MENZIARAHI ORANG SAKIT
Ganjaran: Tempat Penuaian Buah-buahan Di Syurga Dan Di Doakan Oleh 70 Ribu Malaikat.

Dari Ali r.a., katanya: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Tiada seorang Muslimpun yang meninjau saudaranya Muslim -yang sakit di waktu pagi, melainkan ada tujuh puluh ribu malaikat yang mendoakan padanya supaya memperoleh kerahmatan Tuhan sampai orang itu berada di waktu petang dan jikalau ia meninjaunya itu di waktu petang, maka ada tujuhpuluh ribu malaikat yang mendoakan padanya supaya ia memperoleh kerahmatan Tuhan sampai orang itu berada di waktu pagi.Juga orang tersebut akan memperoleh tempat buah-buahan yang sudah waktunya dituai di dalam syurga.”Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan. Alkharif artinya ialah buah-buahan yang sudah waktunya dituai atau dipetik.

12. SOLAT JENAZAH DAN MENGIRINGI JENAZAH
Ganjaran: Satu Qirat Dan Dua Qirat Bermaksud Satu Bukit Besar

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa yang menyaksikan mayit sehingga ia disembahyangi yakni ikut menyembahyangi pula, maka ia memperoleh pahala seqirath dan barangsiapa yang menyaksikan sehingga di kubur, maka ia memperolehi pahala dua qirath.”Baginda ditanya: “Seberapakah dua qirath itu?” Baginda menjawab: “Yaitu seperti dua gunung yang besar-besar.” (Muttafaq ‘alaih)

13. SOLAT DI MASJIDIL AQSA
Ganjaran: 500 Kali Ganda

Sabda Nabi SAW:

"Kelebihan Solat didalam masjdil haram bersamaan dengan 100,000 solat (ditempat lain), dan solat didalam masjidku ini (Masjid Madinah) bersamaan 1000 solat. Dan solat di masjid al-Aqsa bersamaan 500 solat) Riwayat Tabrani

14. SOLAT DI MASJID NABAWI
Ganjaran: 1000 Kali Ganda

Sabda Nabi SAW:

Satu waktu sembahyang di masjidku adalah lebih baik dari mengerjakan sembahyang sebanyak seribu kali di masjid lain kecuali Masjidil Haram

15. SOLAT DI MASJIDIL HARAM
Ganjaran: 100,000 Kali Ganda

Dari Jabir r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Satu sambahyang dimasjidku lebih afdhal daripada seribu sembahyang di masjid-masjid yang lain, kecuali masjidil Haram (dimekah): dan satu sembahyang di masjidil haram pula lebih afdhal daripada seratus ribu sembahyang di masjid-masjid yang lain.” HR Imam Ahmad

16. UMRAH DI BULAN RAMADAN
Ganjaran: Seperti Mengerjakan Haji Bersama Rasulullah SAW

Dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma bahwasanya Nabi SAW bersabda:

"Mengerjakan umrah dalam bulan Ramadhan itu menyamai pahalanya dengan sekali haji atau sekali haji beserta aku.” (Muttafaq ‘alaih)

17. HAJI MABRUR
Ganjaran: Syurga

Dari Abu Hurairah r.a. pula bahwasanya Rasulullah SAW bersabda:

Haji mabrur maka tidak ada balasan bagi yang melakukannya itu melainkan syurga.” (Muttafaq ‘alaih)

18. MEMBERI SALAM, MEMBERI MAKAN KEPADA ORANG YANG MEMERLUKAN DAN SOLAT DI TENGAH MALAM (TAHAJJUD)
Ganjaran: Syurga

Dari Abdullah bin Salam r.a. bahwasanya Nabi SAW bersabda:

"Hai sekalian manusia, ratakanlah salam, berikanlah makanan, bersembahyanglah di waktu malam sedang para manusia sedang tidur, maka engkau semua akan dapat memasuki syurga dengan selamat.”Diriwayatkan oleh-lmam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan shahih.

19. PUASA
Ganjaran: Allah Yang Menentukan Pahala

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Telah bersabda Rasulullah SAW:

Setiap amal anak bani Adam adalah untuknya kecuali puasa, ia adalah untukku dan aku yang memberikan pahala dengannya. (H.R : Al-Bukhari dan Muslim)

20. SOLAT TERAWIH
Ganjaran: Pengampunan Dosa

Diriwayatkan dari Abu Hurairah, ia berkata:Adalah Rasulullah SAW. menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, maka beliau bersabda:

"Barang siapa yang shalat malam di bulan Ramadhan karena beriman dan mengharapkan pahala dari Allah, maka diampuni baginya dosanya yang telah lalu." ( H.R : Jama’ah )

21. LAILATUL QADAR LEBIH BAIK DARI SERIBU BULAN

Firman Allah SWT:

"Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Surah al-Qadr"

22. PUASA SUNAT HARI ARAFAH
Ganjaran: Diampunkan Dosa Tahun Yang Lalu Dan Tahun Yang Akan Datang.

Dari Abu Qatadah r.a., katanya: “Rasulullah SAW ditanya perihal berpuasa pada hari Arafah – iaitu tanggal 9 Zulhijjah. Baginda lalu bersabda:

“Puasa pada hari itu dapat menutupi dosa pada tahun yang lampau serta tahun yang akan datang.” (Riwayat Muslim)

23. PUASA HARI ASYURA (10 MUHARRAM)
Ganjaran: Diampunkan Dosa Tahun Yang Lalu.

Dari Abu Qatadah r.a. bahwasanya Rasulullah SAW ditanya perihal berpuasa pada hari ‘Asyura – tanggal 10 Muharram, Baginda lalu bersabda:

“Puasa pada hari itu dapat menutupi dosa tahun yang lampau.” (Riwayat Muslim)

24. MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH
Ganjaran: Diharamkan Memasuki Neraka

Dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma, katanya: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Ada dua macam mata yang tidak akan disentuh oleh neraka, iaitu mata yang menangis kerana ketakutan kepada Allah dan mata yang pada malam hari menjaga musuh datang dalam melakukan peperangan fi-sabilillah.”

Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan.

25. MEMBINA MASJID ALLAH
Ganjaran: Dibina Untuknya Rumah Di Syurga

Maksudnya:

“Sesiapa yang membina masjid kerana Allah nescaya Allah akan membina baginya di dalam Syurga (binaan) seumpamanya.” (Hadis riwayat Muslim)

Wallahualam.

Doa Mohon Ampunan, Taubat , Keteguhan Iman dan Terhindar dari Azab Allah

Ya Allah, inilah aku, hamba yang telah Kau beri nikmat, sebelum dan sesudah Kau ciptakan, Telah Kau perintahkan aku untuk mematuhiMu tapi aku membangkang,
Telah Kau larang aku mengerjakan maksiat tapi aku melawan,
Karena hawa nafsu dan musuhMu membantuku melakukan itu
Inilah aku di hadapanMu, kecil, hina, rendah dan ketakutan,
Mengakui dosa besar yang sudah kulakukan
Dan begitu banyak kesalahan yang sudah kukerjakan

Ya Waliyy, yang Maha melindungi,
Aku berlindung pada maafMu,
Aku bersandar pada kasihMu,
Aku berkeyakinan tidak seorangpun yang melindungiku dariMu,
Maka aku yang telah banyak berbuat dosa ini memohon ampunan Mu,

Ya Ghaffaar, yang Maha Pengampun,
Ampunilah semua dosa-dosaku, yang kecil hingga yang besar yang kiranya tidak akan terampuni bila aku tidak memohon ampunanMu dengan sepenuh hati,
Ampunilah semua dosa-dosaku, yang sengaja aku lakukan atau yang tiada pengetahuanku tentang dosa yang sudah aku lakukan,
Ampunilah semua dosa-dosaku yang kemarin, hari ini dan yang aku lakukan di sisa umur pemberianMu ini ya Allah,
Berikanlah kepadaku ampunan seperti yang Kau berikan ampunan pada orang-orang yang Kau kasihi,
Berikanlah kepadaku hari ini bagian untuk memperoleh keuntungan dari ridhaMu,

Ya Allah, Ya Kariim, yang Maha Mulia,
Aku bersangka baik kepadaMu, dan percaya penuh pada apa yang ada di sisiMu, dilengkapi dengan harapan kepadaMu,
Sebab jarang sekali orang yang berharap Kau kecewakan,
Aku bermohon kepadaMu dengan permohonan orang yang rendah,hina dan ketakutan mencari perlindungan,
Dengan rasa gentar dan pasrah mencari naungan,

Ya Allah, yang Maha Memberi Karunia dan menyelamatkan orang yang tergelincir,
Akulah orang yang salah, mengakui dosa, melanggar dan tergelincir,
Akulah orang yang telah menentangMu dengan sengaja,
Akulah orang yang takut dengan hamba-hambaMu tapi terang-terangan melawanMu,
Akulah orang yang berbuat jahat pada diriku sendiri,
Akulah orang yang kurang malu,

Ya Hafiidh, yang Maha Memelihara,
Aku memohon padaMu,
Lindungilah aku hari ini dengan perlindungan yang Kau berikan pada orang yang berdoa ingin melepaskan dari dosa dan memohon ampunanMu,
Peliharalah aku seperti Engkau memelihara hambaMu yang taat, yang tinggi kedudukannya di sisiMu,

Ya Muntaqim, yang Maha Menyiksa,
Jangan sisksa aku karena kelalaianku di hadapanMu,
Jangan siksa aku karena melewati batas-batasMu dan melanggar hukum-hukumMu,
Jangan Kau dorong aku ke arah kehancuran,

Ya Muhaimin, yang Maha Menjaga,
Bangunkan aku dari tidurnya orang yang lalai,
Jagakan aku dari kantuknya orang yang berlebihan,
Gerakkan hatiku ke tempat Kau gerakkan orang yang taat,
Gerakkan hatiku ke tempat Kau selamatkan orang yang lengah,

Ya Qaadiir, yang Maha Kuasa
Lindungi aku dari apapun yang menjauhkan aku dariMu,
Lindungi aku dari yang menghalangi antara aku dengan keberuntunganku dariMu,
Lindungi aku dari yang mencegahku dari sesuatu yang aku usahakan dariMu,

Ya Fattaah, yang Maha membukakan,
Mudahkan aku untuk meniti jalan kebaikan menujuMu,
Mudahkan aku untuk berlari menuju tempat yang Kau perintahkan,
Mudahkan aku untuk merindukan apa yang Engkau inginkan,

Ya Salaam, yang Maha Menyelamatkan,
Jangan binasakan aku bersama orang lalai yang Kau binasakan,
Jangan Kau lenyapkan aku bersama orang yang berpaling dari jalanMu,
Selamatkan aku dari ucapan fitnah dan cengkeraman bencana,
Lindungi aku dari siksa penangguhan,
Berilah jarak antara aku dan musuh yang menyesatkanku,
Berilah jarak antara aku dan hawa nafsu yang mencelakakanku,
Berilah jarak antara aku dan kekurangan yang menguasaiku,


Ya Rahmaan ya Rahiim, yang Maha Pengasih dan Penyayang,
Jangan Engkau berpaling dariku seperti Engkau berpaling dari orang yang tak Kau ridhai,
Jangan Kau biarkan aku kehilangan harapku padaMu sehingga rasa putus asa menguasai diriku,
Jangan beri aku sesuatu yang tak sanggup aku pikul,
Jangan Kau kirimkan aku sesuatu yang tidak ada kebaikan padanya,
Jangan Kau lemparkan aku seperti Kau lemparkan orang yang jatuh dari pemeliharaanMu dan diliputi kehinaan dari sisiMu,

Ya Raafi’, yang Maha Mengangkat,
Angkatlah aku dari kejatuhan orang yang terpental,
Angkatlah aku dari ketakutan orang yang tersesat,
Angkatlah aku dari ketergelinciran orang yang tertipu,


Ya Haliim, yang Maha Penyantun,
Selamatkan aku dari ujian yang Kau berikan pada hamba-hambaMu,
Sampaikan aku pada tingkat tertinggi dari orang-orang yang Kau naungi, Kau ridhai dan Kau beri nikmat,
Sampaikan aku pada tingkat tertinggi dari orang-orang yang
Kau hidupkan dalam keadaan mulia dan Kau matikan dalam keadaan bahagia,
Lepaskanlah aku dari apa saja yang menghapuskan kebaikan dan menghilangkan keberkahan,
Masukkanlah dalam hatiku pengendalian diri dari kejelekan, keburukan, kehinaan dan kejahatan serta hawa nafsu,

Ya Raqiib, yang Maha Mengawasi,
Jangan Kau sibukkan aku dengan sesuatu yang tidak memberi manfaat,
Jangan Kau sibukkan aku dengan sesuatu yang tidak Kau ridhai,
Cabutlah dari hatiku kecintaan pada dunia yang rendah, yang menghalangiku memperoleh karuniaMu,
Cabutlah dari hatiku hal-hal yang memalingkanku dari mencari wasilahMu,
Cabutlah dari hatiku hal-hal yang mengalihkanku dari mendekatkan diri kepadaMu,

Ya Majiid, yang Maha Mulia,
Karuniakan kepadaku penjagaan yang mendekatkan aku pada rasa takut padaMu,
Karuniakan kepadaku penjagaan yang mencegahku dari laranganMu,
Karuniakan kepadaku penjagaan yang membebaskanku dari belenggu dosa,
Anugerahkan kepadaku pensucian dari kotoran kemaksiatan,
Hilangkan dariku karat-karat kesalahan,

Ya Wahhaab, yang Maha memberi,
Tampakkanlah padaku kemuliaan dan anugerahMu,
Dukunglah aku dengan taufik dan bimbinganMu,
Bantulah aku untuk tulus dan ridha dalam perkataan dan kebaikan amal,

Ya Allah yang Tidak Tidur dan Tidak Pernah Lupa,
Jangan jadikan aku lupa mengingatMu,
Jangan hilangkan dariku rasa syukur padaMu, tapi selalu tanamkanlah rasa syukur itu dalam hatiku agar aku tidak pernah melupakannya,

Ya Allah yang Maha Mengajari,
Ilhamkan padaku kemampuan untuk memujiMu, dan untuk mengakui apa yang telah Kau berikan padaku,
Jadikanlah kerinduanku padaMu di atas kerinduan semua perindu,

Ya Rahmaan, ya Rahiim,
Jangan Kau tinggalkan aku ketika aku sangat membutuhkanMu,
Jangan Kau binasakan diriku karena apa yang telah kulakukan kepadaMu,
Jangan hempaskan aku seperti Kau hempaskan orang-orang yang menentangMu,
Karena aku berserah diri kepadaMu, aku tahu segala bukti ada padaMu,

Ya Allah, ya Mu’izz, yang Maha Memberi Kemuliaan,
Hidupkanlah aku dalam kehidupan yang baik, yang meliputi apa yang Kau inginkan,
Sampaikanlah aku pada apa yang aku cintai yaitu tidak melakukan apa yang Kau benci, tidak melanggar apa yang Kau larang,
Matikanlah aku dengan kematian yang cahayanya memancar dari depan dan kanan,
Muliakan aku di hadapan makhlukMu,
Angkat aku di tengah hambaMu dan hinakan aku saat berdua bersamaMu,
Bebaskanlah aku dari keperluan kepada orang yang tidak memerlukanMu,
Tambahkanlah selalu keperluan dan kebutuhan kepadaMu,
Lindungi aku dari cercaan musuh, kedatangan bencana, kehinaan dan derita,

Ya Salaam, yang Maha Menyelamatkan,
Jika Kau ingin menurunkan ujian dan keburukan maka selamatkanlah aku dengan berlindung kepadaMu,
Jangan panjangkan bagiku masa yang mengeraskan hatiku sehingga tidak mengingatMu,
Jangan pukul daku dengan pukulan yang menghilangkan wibawaku,
Jangan datangkan padaku kehinaan yang mengecilkan derajatku,

Ya Allah, pada Engkaulah tempatku Meminta,
Jangan takuti aku dengan rasa takut yang membuatku putus asa,
Jadikanlah ketakutanku pada ancamanMu dan kekhawatiranku pada tiadanya maaf dan peringatanMu,
Jadikan kegentaranku ketika membaca ayat-ayatMu
Makmurkan malamku dengan keterjagaan untuk beribadat kepadaMu,
Untuk menyampaikan hajat dan permohonanku kepadaMu,
Agar Kau lepaskan aku dari belenggu neraka,
Kau lindungi aku dari segala yang menyebabkan aku jadi penghuninya karena azabMu,

Ya Raqiib, yang Maha Mengawasi,
Jangan Kau biarkan aku terjerumus dalam kedurhakaan.
Jangan Kau biarkan aku terjebak dalam kelalaian sampai waktu yang ditentukan,

Ya Allah, ya ’Afuww, yang Maha Memaafkan,
Berikan padaku sejuknya maaf dan manisnya kasihMu, ketenanganMu, ketentramanMu dan surga kenikmatanMu,

Ya Albarr, yang Maha Dermawan,
Perkenankan aku merasakan limpahan anugerahMu,
lezatnya melakukan apa yang Kau cintai,
berusaha mengerjakan apa yang mendekatkan diriku padaMu,
Penuhi aku dengan rasa takut akan hadirMu dan rasa rindu akan perjumpaan denganMu,
Terimalah taubatku dan jangan tinggalkan padaku sebutir dosapun,
Sehingga tak tertinggal lagi dosa yang kulakukan secara terang dan sembunyi,

Ya Rauuf, yang Maha Pengasih,
Perlakukan aku seperti Kau perlakukan orang-orang yang berbuat baik, hiasilah aku dengan perhiasan orang-orang yang bertakwa,
Jadikan aku buah tutur yang baik bagi orang-orang yang datang kemudian,
Jadikan aku kenangan yang selalu tumbuh bagi orang-orang yang hidup kemudian,
Bawalah aku ke dataran tempat berhimpunnya orang-orang yang paling dahulu beriman,
Sempurnakan limpahan nikmatMu bagiku, rangkaikan kemurahanMu untukku,
Penuhi aku dengan karuniaMu,

Ya Muqtadir, yang Maha menentukan,
Jadikan aku terikat dengan paling baik di antara kekasihMu dalam surga yang telah Kau hias untuk para pilihanMu,
Busanai aku dengan anugrahMu Yang Mulia di tempat-tempat yang disediakan untuk kecintaanMu,

Ya Muhshii, yang Maha Menghitung,
Jangan balas aku sebanding dengan dosa besarku,
Jangan binasakan aku pada hari seluruh rahasia diungkapkan,
Hilangkan dariku segala keraguan dan kebimbangan akan Kasih dan SayangMu,
Jadikan bagiku jalan kebenaran dari setiap rahmatMu,
Penuhi aku dengan kebaikan karuniaMu,

Ya Allah yang Maha memberi Petunjuk,
Jadikan hatiku percaya hanya pada apa yang ada di sisiMu,
Jadikan perhatianku tercurah terutama untukMu,
Gerakkan hatiku untuk beramal seperti Kau gerakkan hati para kekasihMu,
Basahi hatiku dengan ketaatan kepadaMu pada hari berguncangnya akal pikiran,

Ya Jaami’, yang Maha Mengumpulkan,
Himpunkan dalam diriku kekayaan, kebajikan, keselamatan, kesehatan, kelapangan, ketenteraman dan kesejahteraan,

Ya Allah, yang Maha Mengampuni,
Jangan hapuskan kebaikanku karena adanya kemaksiatan kepadaMu,
Jangan hapuskan ibadat dalam kesunyianku karena dorongan cobaanMu,
Lindungi aku dari keburukan yang tidak aku ketahui dengan perlindungan menyeluruh,

Ya Fattaah, yang Maha Membukakan,
Bukakan bagiku pintu taubat,
Bukakan bagiku kasih sayang, santunan dan rizkiMu yang luas,
Sungguh aku termasuk hamba yang merindukanMu,
Sempurnakan karuniaMu padaku karena sesungguhnya Kau sebaik-baiknya Pemberi Karunia,
Jadikan umrahku ini hanya untuk mencari ridhaMu

Ya Allah,
Aku telah menganiaya diriku sendiri, karena itu jika tidak dengan limpahan ampunan dan rahmatMu niscaya kami akan menjadi orang yang sesat dan merugi,
Ampunilah aku ya Allah, limpahkanlah rahmat ampunan kepadaku ya Allah,
Berilah aku pertolongan untuk melawan orang-orang yang tidak takut kepadaMu dan tidak suka pada agamaMu,

Ya Allah,
Janganlah Kau sesatkan hatiku sesudah Kau berikan kami petunjuk, berikanlah rahmatMu kepadaku, karena sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemurah,

Ya Allah,
Sesungguh hati aku memohon kepadaMu, terimalah shalatku, ruku’ku, sujudku, duduk di antara dua sujudku, khusyukku, pengabdianku, dan sempurnakan kekuranganku dalam menjalankan shalat,

Ya Allah,
Sesungguh hati aku memohon, terimalah puasaku, zakatku dan ibadah haji dan umrahku yang aku lakukan semata-mata mencari ridlaMu,

Ya Allah, Yang Maha Memberi,
Berilah aku petunjuk seperti orang-orang yang telah Kau beri petunjuk,
Berilah aku kesehatan seperti orang-orang yang telah Kau beri kesehatan,
Pimpinlah aku seperti orang-orang yang telah Kau pimpin,
Berikanlah berkah pada apa saja yang telah Kau berikan padaku,
Peliharalah aku dengan rahmatMu dari kejahatan yang telah Kau pastikan,
Sesungguhnya tidaklah hina orang-orang yang telah Kau beri kekuasaan, dan tidak mulia orang yang Kau musuhi,
Engkau Maha Berkah, Engkau Maha Luhur,

Ya Tawwaab, yang Maha Menerima Taubat,
Segala Puji BagiMu ya Allah,
Aku mohon ampun kepadaMu, Aku bertaubat dan ingin kembali di jalanMu,

Ya Bashiir, yang Maha melihat,
Lihatlah aku, bersimpuh di hadapanMu, memanjatkan permohonanku kepadaMu dengan sesungguh hati,
Ya Samii’, yang Maha mendengar,
Dengarkanlah doa-doaku ini,
Ya Mujiib, yang Maha Mengabulkan Permohonan,
Kabulkanlah semua doa-ku, karena hanya Engkaulah Tempatku Meminta dan hanya Engkaulah yang Bisa Mengabulkan Semua Doa,

Semoga Engkau memberi rahmat, berkah dan salam atas Nabi Muhammad SAW yang ummiyyi beserta keluarga, sahabat-sahabat dan pengikutnya hingga akhir jaman,

Wednesday, November 30, 2011

PhD..Dengki..Cemburu..

Ini sekadar luahan daripada apa yang pernah berlaku...

Memang tidak pernah terjangka ataupun terfikir ada manusia yang bersifat sedemikian.
Aku punya pengalaman yang tidak tahu macam mana ingin diluahkan.

Kenapa wujudnya manusia seperti ini?
Aku tidak pernah kacau dia...
Aku tidak pernah menagih apa-apa daripada dia..

Aku tahu segalanya..
Aku akan senantiasa memerhati dari jauh..
Apa lagi niat dia..

Aku akan menonton "AKSI" dia..
Ibarat memijak semut pun tak mati...
Berjanji tidak akan..tapi hancur!

Dalam diam tanam sifat tu..
Dia tidak pernah bersyukur..
Apa yang dia mahu???
-tak mau orang lebih dari dia..
Tapi dia..aku memang tak sangka...
Bukan setakat hati jer, tapi mulut pun sama..
Apa la yang dia dapat...

Aku serah SEGALANYA kepada Allah..Biar DIA tentukan segalanya...

Pesanan untuk dia:- tak baik dengki2 dengan orang, bersyukurlah dengan apa yang kita ade. Tak perlu bersusah payah demi kepuasan diri sendiri tapi musnahkan kebahagiaan orang lain. Bangga sangat ke jadi hebat macam tu?? Pergi beli perfume banyak2, sembur kat hati yang busuk tu, bikin wangi sikit...kalau solat dan puasa boleh jaga elok, kenapa mulut dan hati tu tak leh jaga elok??

Friday, November 25, 2011

Rindu, Sayang, Cinta.....

Serius sgt tak tahu macamana ingin mulakan...
Kadang2 rasa ni boleh berubah bila2 masa sahaja...
Tapi bila kita cuba meluahkan yang sebetulnya...sukar!! kenapa?
Semua manusia punya rasa...tp sgt berbeza...
Bila cuba memberitahu, ade sahaja halangan yang datang...ape petandanya?

RSC...
Pasti semua orang mahu termasuk aku...bila?
RSC...
Adakah aku perlu terus menunggu..menunggu...dan terus menunggu...siapa tahu?
RSC...
Ya Allah, kau kuatkanlah hati ini dan tabahkanlah jiwa ini agar jiwa ini tenang menghadapinya nanti...
RSC...
aku rindu dia..sayang dia..cinta dia...tapi adakah dia?
Untuk dia..andai engkau tahu, akulah insan yang paling bahagia di dunia ini...

Kenapa perlu wujud manusia yang kononnya ~ambil berat~ tp mulut (hanya Allah yang Tahu)...
Tahukah dia dengan tingkahlaku begitu, ada hati yang terluka dan berduka...
Mungkin ini kenyataan yang perlu aku terima...

Wahai HATI...engkau perlu REDHA dengan segala ketentuanNYA, andai itu takdirnya..

Tuesday, July 26, 2011

Kejujuran & Keikhlasan

Halangan hidup tidak terbatas dengan segala bentuk ancaman dan juga penipuan. Atas dasar ketandusan harta kekayaan jiwa, manusia seringkali berkelakuan pelik demi mencapai matlamat hidupnya.Ada yang sanggup berpura-pura ada pula yang sanggup berpaling tadah hanya kerana mementingkan hawa nafsu yang sentiasa bergelojak di dalam dirinya.

Nafsu menjadi raja dalam diri atas kelemahan diri yang tidak mengakui akan kejahilannya.Kenalilah tuhan yang menciptakan kamu dan berpegang teguhlah kamu di jalan Allah.

Yang sepatutnya menjadi pegangan manusia itu adalah membujur lalu melintang patah. Orang terdahulu pernah mengatakan, alang-alang menyeluk pekasam, biarlah ke pangkal lengan. Al-qur’an pula mengatakan, ambillah Islam itu keseluruhannya dan bukan mengikut bahagian-bahagian dari yang kamu sukai! Nabi pula berpesan, janganlah kamu memandang rendah manusia yang lainnya, kerana darjat seseorang itu terletak di sisi Allah semata-mata.

Manusia tidak akan pernah ma’sum atas sebab yang mudah, Allah mahukan hambanya merintih kepadanya memohon keampunan atas segala kelemahannya. Namun yang demikian, terdapat dosa-dosa yang telah jelas dan nyata larangannya. Janganlah kamu mengadu domba, kerana perbuatan itu tidak ubah seperti kamu memakan daging dari keluargamu sendiri. Allah turut berpesan, yang haq itu dariKU dan janganlah kamu tergolong dari golongan yang berpaling tadah.

Inilah yang telah diturunkan dan telah disyariatkan keatas kamu wahai sekalian manusia, terutama bagi mereka yang beriman denganNYA. Oleh itu, adalah bertepatan untuk seseorang itu sentiasa mencari kejujuran dalam amalnya dan sentiasa ikhlas dalam niatnya.

Matlamat tidak sekali-kali menghalalkan cara. Hanya apabila dalam urusan dan ketika tertentu, maka yang haram menjadi halal dan atas hanya satu sebab! Menyelamatkan jiwa dari mati kelaparan di tempat yang tiada lagi satu pun yang halal untuk dimakan.

Sekalian alam tunduk dan patuh kepadanya, namun masih ada yang berlagak menjadi hero mahu menunjuk hebat di depan penciptaNYA.

Wajarlah dengan pesanan dan ingatan dari Allah itu, maka kita menyelami ke dasar perjuangan paling asas yang membuahkan benih-benih bahagia. Jujur dan ikhlaslah dalam segala hal dan moga kamu beroleh ketinggian.

Pesan nabi, andai kamu berkawan dengan tukang besi kamu akan dapat baunya, andai kamu berkawan dengan penjual minyak wangi, maka kamu tentu sekali akan berbau wangi lagi menyenangkan. Cerminlah diri anda dengan melihat rakan-rakan dan teman-teman sekeliling anda!

Petikan dari;http//mozamid.wordpress.com

Monday, July 25, 2011

Keikhlasan itu ibarat seekor semut hitam, di atas sebuah batu hitam, di malam yang amat kelam.
Ianya WUJUD tetapi sukar dilihat..

Renungkanlah.....:)

BiLa HaTi berBicaRa...

Tabahkan hati mengharungi setiap detik hidup mu,
Tiada yang mustahil untuk mencapai sesuatu kejayaan dengan berkat usaha,
Halangan pasti wujud untuk menguji sejauh mana kekuatan dan ketabahan dirimu,
Itu salah satu lumrah kehidupan.

Walau siapa pun kita, tiada bezanya di pandangan DIA,
Kita pastikan akan kembali kepadaNya suatu masa nanti,
Bila? Hanya Dia sahaja yang mengetahuinya.

Dugaan mematangkan kita,
Syurga destinasi IMPIAN,
Neraka destinasi tidak mungkin menjadi impian sesiapapun.
Dimana kita nanti??? Tepuk dada, tanya selera,
Kita sendiri penentu haluan kita.

Jangan jadi manusia yang hipokrit,
Manusia hidup yang bertopengkan kepalsuan,
Petah berkata-kata, namun hati ditunjangi sifat MAZMUMMAH,
NIATnya satu; menghancurkan kehidupan orang dalam pelbagai cara,
Dengan harapan impiannya terlaksana.

Itukah manusia?Ciptaan terhebat,
Tetapi kehebatannya menghancurkan orang lain;
dan melebarkan sayap kejahatannya.

Manusia..manusia..manusia..
Mereka tidak akan pernah puas dan bersyukur..
Sedar dan insaflah wahai manusia,
Dunia hanya persinggahan sementara,
kita tidak selamanya di sini,
Bila Hati Berbicara.....