Tuesday, July 26, 2011

Kejujuran & Keikhlasan

Halangan hidup tidak terbatas dengan segala bentuk ancaman dan juga penipuan. Atas dasar ketandusan harta kekayaan jiwa, manusia seringkali berkelakuan pelik demi mencapai matlamat hidupnya.Ada yang sanggup berpura-pura ada pula yang sanggup berpaling tadah hanya kerana mementingkan hawa nafsu yang sentiasa bergelojak di dalam dirinya.

Nafsu menjadi raja dalam diri atas kelemahan diri yang tidak mengakui akan kejahilannya.Kenalilah tuhan yang menciptakan kamu dan berpegang teguhlah kamu di jalan Allah.

Yang sepatutnya menjadi pegangan manusia itu adalah membujur lalu melintang patah. Orang terdahulu pernah mengatakan, alang-alang menyeluk pekasam, biarlah ke pangkal lengan. Al-qur’an pula mengatakan, ambillah Islam itu keseluruhannya dan bukan mengikut bahagian-bahagian dari yang kamu sukai! Nabi pula berpesan, janganlah kamu memandang rendah manusia yang lainnya, kerana darjat seseorang itu terletak di sisi Allah semata-mata.

Manusia tidak akan pernah ma’sum atas sebab yang mudah, Allah mahukan hambanya merintih kepadanya memohon keampunan atas segala kelemahannya. Namun yang demikian, terdapat dosa-dosa yang telah jelas dan nyata larangannya. Janganlah kamu mengadu domba, kerana perbuatan itu tidak ubah seperti kamu memakan daging dari keluargamu sendiri. Allah turut berpesan, yang haq itu dariKU dan janganlah kamu tergolong dari golongan yang berpaling tadah.

Inilah yang telah diturunkan dan telah disyariatkan keatas kamu wahai sekalian manusia, terutama bagi mereka yang beriman denganNYA. Oleh itu, adalah bertepatan untuk seseorang itu sentiasa mencari kejujuran dalam amalnya dan sentiasa ikhlas dalam niatnya.

Matlamat tidak sekali-kali menghalalkan cara. Hanya apabila dalam urusan dan ketika tertentu, maka yang haram menjadi halal dan atas hanya satu sebab! Menyelamatkan jiwa dari mati kelaparan di tempat yang tiada lagi satu pun yang halal untuk dimakan.

Sekalian alam tunduk dan patuh kepadanya, namun masih ada yang berlagak menjadi hero mahu menunjuk hebat di depan penciptaNYA.

Wajarlah dengan pesanan dan ingatan dari Allah itu, maka kita menyelami ke dasar perjuangan paling asas yang membuahkan benih-benih bahagia. Jujur dan ikhlaslah dalam segala hal dan moga kamu beroleh ketinggian.

Pesan nabi, andai kamu berkawan dengan tukang besi kamu akan dapat baunya, andai kamu berkawan dengan penjual minyak wangi, maka kamu tentu sekali akan berbau wangi lagi menyenangkan. Cerminlah diri anda dengan melihat rakan-rakan dan teman-teman sekeliling anda!

Petikan dari;http//mozamid.wordpress.com

Monday, July 25, 2011

Keikhlasan itu ibarat seekor semut hitam, di atas sebuah batu hitam, di malam yang amat kelam.
Ianya WUJUD tetapi sukar dilihat..

Renungkanlah.....:)

BiLa HaTi berBicaRa...

Tabahkan hati mengharungi setiap detik hidup mu,
Tiada yang mustahil untuk mencapai sesuatu kejayaan dengan berkat usaha,
Halangan pasti wujud untuk menguji sejauh mana kekuatan dan ketabahan dirimu,
Itu salah satu lumrah kehidupan.

Walau siapa pun kita, tiada bezanya di pandangan DIA,
Kita pastikan akan kembali kepadaNya suatu masa nanti,
Bila? Hanya Dia sahaja yang mengetahuinya.

Dugaan mematangkan kita,
Syurga destinasi IMPIAN,
Neraka destinasi tidak mungkin menjadi impian sesiapapun.
Dimana kita nanti??? Tepuk dada, tanya selera,
Kita sendiri penentu haluan kita.

Jangan jadi manusia yang hipokrit,
Manusia hidup yang bertopengkan kepalsuan,
Petah berkata-kata, namun hati ditunjangi sifat MAZMUMMAH,
NIATnya satu; menghancurkan kehidupan orang dalam pelbagai cara,
Dengan harapan impiannya terlaksana.

Itukah manusia?Ciptaan terhebat,
Tetapi kehebatannya menghancurkan orang lain;
dan melebarkan sayap kejahatannya.

Manusia..manusia..manusia..
Mereka tidak akan pernah puas dan bersyukur..
Sedar dan insaflah wahai manusia,
Dunia hanya persinggahan sementara,
kita tidak selamanya di sini,
Bila Hati Berbicara.....