Monday, June 8, 2009

Pengurusan Masa

1. Kenal pasti kelemahan & Tabiat kerja anda – Buat sedikit muhasabah dan analisa terhadap tabiat kerja anda yang tidak baik. Apabila anda telah mengetahui tabiat tersebut sama ada kelemahan dalam merancang masa kerja atau melaksanakan kerja. Maka anda cuba mencari penyelesaian kepada tabiat tidak baik itu supaya anda dapat menyelesaikan kerja tadi dengan masa yang lebih singkat dan tersusun. Kebanyakkan individu tidak menganalisa kerja mereka sama ada sudah efektif atau ada cara lain yang lebih cepat serta menjimatkan masa.

2. Berlengah-lengah - Ini tabiat “popular” bagi remaja. Memulakan kerja sehingga berdozen-dozen namun tidak menghabiskannya. Ada banyak punca mengapa perkara ini berlaku antaranya sikap tidak yakin kepada kebolehan diri, tidak optimis dan sikap negetif kepada kerja tersebut. Sebab lain ialah tidak tahu meletakkan “aulawiyat” iaitu keutamaan dalam kerja mereka. Kenal pasti segera supaya ia tidak melarat “penyakit” berlengah-lengah ini kepada masa depan anda.

3. Tidak perlu sibuk tapi produktif. Bekerja dalam keadaan siduk amat memenatkan dan memuaskan. Anda tidak perlu kehulu kehilir untuk membuat satu kerja sahaja. Tapi bahagikan kerja anda dan hasilnya akan lebih baik. Sebagai contoh anda sebagai pengerusi biro dalam organisasi anda, anda boleh pecah-pecahkan kerja tersebut kepada ajk biro anda. Mudah dan cepat bukan. Kerja yang anda lakukan dalam masa 5 jam sendirian akan bertukar menjadi 1 jam sahaja. Ingat fokus kepada produktiviti bukan kecelaruan dalam kesibukkan.

4. Bunuh “Pembunuh Masa” – Kenal pasti pembunuh masa anda seperti leka bermain game atau flash game, bergayut menelefon kerana ia akan mengalihkan fokus kerja anda. Masa rehat itu perlu tetapi jangan sampai membazir masa. Rehatlah dengan sewajarnya.

5. Realistik dalam bertindak – Ramai daripada remaja mahupun eksekutif muda percaya bahawa dalam melakukan kerja WAJIB mencari kesempurnaan. Terimalah hakikat kita manusia yang punyai kekurangan dan kita tidak tinggal di alam Syurga yang penuh dengan kesempurnaan. Petua yang anda perlu pegang ialah melakukan kerja tidak perlu sempurna tetapi cemerlang. Berusaha mencari kecemerlangan bukan kesempurnaan.

PETUA KESIHATAN

Lagi petua menghilangkan sakit kepala selepas bersalin
01- Ambil 7 helai daun sirih, kemenyan sebesar ibu jari bersama 3 ulas bawang.Giling kesemua bahan tersebut dan tampalkan di dahi.
Cara ini juga boleh di gunakan untuk orang yang demam dan lakukannya 2 kali sehari. Insyaalah demam atau sakit kepala akan berkurangan.


02- Masalah kencing tidak lawas Copy/Paste Dari: www.familiazam.com
Atasi masalah kencing tidak lawas dengan menggunakan air basuhan beras yang ketiga. Minum air basuhan tersebut segelas setiap hari dan lihatlah perbezaannya.

03- Bibir Merekah Minum air kelapa muda yang dicampur dengan kuning telur dan sedikit madu lebah. Amalkan meminumnya sekali dalam sehari dan nantikan hasilnya.

04- Segarkan Kulit Muka Sapukan jus epal hijau kemuka dan biarkan selama 5 hingga 10 minit kemudian cuci muka dengan air bersih.

05- Rawati Kulit Melecur Tuangkan susu cair atau susu pekat manis keatas bahagian yang terkena air panas. Pastinya ia tidak akan mengelembung dan berparut.

06- Merawat Sakit Tekak Copy/Paste Dari: www.familiazam.com
Jika anda menghidap sakit tekak, anda perlu mendapatkan beberapa keping asam keping. Asam keping ini hendaklah dibakar hingga menjadi hangus. Setelah itu ditumbuk dan digaul dengan sedikit air sirih. Setelah itu sapukan pada bahagian tekak anda yang sakit. Insya Allah tekak anda akan sembuh seperti sediakala.

07- Mengurangkan Batuk Ambil satu ataupun dua sudu nasi panas yang baru saja masak. Kemudian masukkan ke dalam cawan dicampurkan sedikit air. Setelah itu, embunkan nasi tersebut selama semalam. Keesokan harinya, minumlah air tersebut. Ulangi petua ini hingga beberapa hari. Insya Allah, batuk anda akan sembuh dengan segera.

08- Asma/Sesak Nafas Ambil 4-5 helai daun buah keras laut. Ramaskanlah daun tersebut dengan air bersih. Kemudian saringlah setengah gelas. Embunkan semalaman sebaik-baiknya dilakukan pada waktu pagi. Apabila bangun tidur, ambil air tersebut dan dicampur dengan sedikit madu. Minumlah berulangkali setiap pagi ramuan ini.

09- Menurunkan panas badan Copy/Paste Dari: www.familiazam.com
Daun bunga raya amat berguna unutk menurunkan panas badan ketika demam. Ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas di dalam air hingga hancur.Sapukan pada kepala dan seluruh tubuh hingga basah. Biar kering sendiri dan ulang lagi hingga reda panasnya.

10- Manfaat Air Nenas Kencing batu karang menyakitkan, badan berasa tidak arah dan demam. Setiap kali buang air berasa sakit. Mungkin petua ini dapat membantu anda. Kupas sebiji nenas dan cincang.Campur segelas air serta sedikit garam dan dikisar halus.Minum air nenas segelas setiap hari sehingga penyakit anda nampak pulihnya.

11- Menyegarkan Mata Gatal dan Letih Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.

12- Penawar Resdung Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat,bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.

13- Sembuhkan luka selepas bersalin Copy/Paste Dari: www.familiazam.com
Bagi wanita yang baru bersalin dan ingin luka cepat sembuh, anda boleh amalkan petua berikut: Mula-mula ambil beberapa helai daun jambu batu dan dua keping asam keping. Kemudian rebus sehingga mendidih. Biarkan seketika sehingga air tadi menjadi suam. Cuci bahagian luka tadi dengan menggunakanair tersebut.Insya Allah luka akan cepat sembuh.

14- Legakan Sakit Kepala Setiap orang mungkin mengalami sakit kepala yang amat sangat akibat tekanan di tempat kerja dan sebagainya.Jadi untuk menghilangkan rasa sakit kepala itu, ambil tiga atau empat keping asam gelugor atau asam keping. Rendamkan dalam air suam semalaman. Minum air tersebut pada keesokkan harinya. Insyaallah sakit kepala anda akan hilang serta merta.

15- Kilatkan rambut dengan biji betik Ambil biji betik yang sudah masak sebanyak dua genggam, Bersihkan kulit biji yang berair itu, dan jemursampai kering. Bila sudah kering, gorengkannya tanpa minyak sampai hangus. Setelah itu bolehlah ditumbuk atau digiling biji betik itu hingga lumat. Pindahkan pada piring dan bancuh dengan air. Sebelum menggunakannya bersihkan rambut anda terlebih dahulu . Keringkan rambut anda dan sapukan bahan tadi tanpa syampu. Anda akan dapat lihat hasilnya. Rambut anda akan kelihatan hitam dan berkilat.

16- Hilangkan Lemak Copy/Paste Dari: www.familiazam.com
Jika anda mengalami masaalah berat badan anda boleh menggunakan air asam jawa sebagai minuman harian.ini kerana, air asam jawa boleh menjadi alternatif bagi mengurangkan lemak dalam badan anda. Caranya; Ambil sebuku asam jawa, Ramas dengan air sebanyak satu gelas. Masukkan air asamjawa tadi kedalam peti sejuk. Minum air tadi selepas makan tengahari atau selepas makan malam. Amalkan meminumnya setiap hari dan anda akan dapati tubuh anda bertambah segar dan langsing.

17- Merawat Ketumbit Jika ada dikalangan keluarga atau rakan-rakan anda menghadapi masaalah ketumbit di mata, Tak perlulah risau kerana ianya mudah dirawat dengan bawang putih sahaja. Caranya, ambil seulas bawang putih, guris sedikit bahagian hujungnya dengan kuku agar keluar airnya dan sapukan pada kelopak mata yang ber ketumbit tadi 3 kali sehari. Insyaallah ketumbit akan beransur baik dalam masa singkat.

18- Menghilangkan Panau.Panau adalah sejenis penyakit kulit yang tidak menyakitkan. Namun ianya membuat kulit anda kelihatan tidak menarik. Oleh yang demikian jika anda mengalami masaalah panau, cubalah petua di bawah ini:Ambil lengkuas atau bawang putih, gosokkan pada panau itu sehingga kulit anda terasa perit dan kemerah-merahan. Ulangi selama seminggu. Insyaallah panau anda akan beransur hilang dan kulit anda akan kelihatan lebih menarik.]

19- Melangsingkan badan. Copy/Paste Dari: www.familiazam.com
Melangsingkan badan,cara paling mudah dan murah ialah:1-Dua biji lobak merah dipotong2-Sebiji mentimun segar,3-Sebiji limau nipis,Kemudian ketiga-tiga bahan ini dikisar dan diperah airnya untuk diminum.Amalkan dua kali sehari setiap pagi dan malam. Insyaallah badan yang gedempol akan beransur langsing dan menarik.

20- Awet muda dan menarik.Wajah anda kelihatan tua kurang menarik dan berminyak.Amalkan ketiga-tiga cara di bawah. 1-Banyakkan ketenangan, berzikir dan sentiasa mengingati Allah.2-Minum segelas air suam setiap pagi sebaik bangun tidur.3-Makan sehelai daun pegaga segar setiap hari selama 40 hari.

21- Khasiat bawang putih. Copy/Paste Dari: www.familiazam.com
Mereka yang menghidap lelah dan semput seringkali menghadapi masaalah bila termakan makanan dingin seperti rambutan, mentimun dan betik. Untuk ke klinik kita akan mengambil masa dan kos yang tinggi, Oleh itu cubalah petua di bawah:Dua ulas bawang putih-ditumbuk,Tiga sudu minyak masak. Campurkan kedua bahan tadi dan sapu pada leher, dada dan belakang. Dalam masa sepuluh minit kita akan lihat perubahannya. Ia juga boleh digunakan ketika batuk.

22- Sakit Tekak Sakit tekak sewaktu bangun pagi?Terus kebilik air dan tepukkan air sejuk di tengkuk anda. pastinya kahak akan "longgar" dan mudah keluar selepas itu.Hilangkan atau elakkan sakit tekak dengan meminum air tomato seminggu 3 kali. Sakit atau perit tekak akan hilang.

23- Merdukan SuaraMerdukan suara dengan air suam yang diperahkan limau nipis. campurkan gula batu dan biarkan semalaman. Keesokkannya, sebelum gosok gigi atau berkumur dan minum air itu.

24- Rawat MuntahRawati muntah kanak-kanak dengan daun limau purut. Tumbuk atau mesinkan dengan campurkan sedikit air. Minum seperti biasa. ia akan beransur sembuh.

25- Hilangkan seduHilangkan sedu dengan menarik nafas sedalam yang boleh, lakukan 3 atau 4 kali. Pastinya sedu anda beransur hilang selepas itu.

26- Hilangkan kutuHilangkan kutu pada rambut dengan beberapa biji bawang putih yang ditumbuk lumat. Campur dengan minyak masak dan lumurkan pada rambut. Balut dengan kain selama sejam sebelum dicuci
.
27- Segarkan Diri
Ingin segar diwaktu pagi? Selepas bangun daripada tidur, minum terus air suam. Amalan ini dipercayai awet muda sejak turun temurun.

28- Hilangkan batuk Copy/Paste Dari: www.familiazam.com
Hilangkan batuk dengan mengambil sedikit gula melaka dan makan. anda akan lihat hasilnya yan memuaskan setelah beberapa ketika.

29- Segarkan MataSegarkan mata dengan beberapa helai daun sirih muda, cuci bersih. Ramas dan masukkan kedalam air suam dan tapis airnya. Rendamkan mata sambil kerdipkan mata berulangkali.Segarkan mata dengan menggunakan uncang teh yang telah digunakan. Tekap ke mata anda. Hasilnya mata anda akan terasa sejuk dan segar.

30- Gusi bengkakAtasi bengkak gusi dengan menghancurkan umbut nenas. Campurkan dengan sedikit garam halus. Tampalkan pada gusi yang ada kesan bengkak. Biarkan sehingga kering.

31- Suara SerakCopy/Paste Dari: www.familiazam.com
Atasi suara serak dengan sebuku asam jawa, rendam dan ramas didalam air. Kemudian campur dengan segelas air sejuk. Masukkan ke dalam peti sejuk. Minum dua kali sehari.Atasi suara serak dengan dua biji bawang besar, Buang kulit dan mesin hingga hancur, tapiskan dan ambil airnya. Minum sekadar dua kali sehari selama dua hari berturut-turut.Ubati suara serak dengan beberapa biji limau nipis dan mesinkannya dengan dicampur sedikit air lalu dipanaskan, kemudian sedutkan wapnya melalui mulut beberapa kali.

32- Badan LesuSekiranya anda sering diserang angin yang menyebabkan badan lesu, didihkan daun mengkudu dan sedikit halia. saringkan airnya dan minum pagi dan petang.

33- Sembuhkan luka Copy/Paste Dari: www.familiazam.com
Sembuhkan luka dengan daun lidah buaya (aloe vera) dan sapukan lendirnya pada luka tersebut. dengan caratersebut, luka akan sembuh dengan lebih cepat.

34- Sengatan kala jengkingRedakan kesakitan akibat disengat kala jengking dengan menumbuk lada hingga halus dan dicampur dengan minyak kelapa. Tampalkan pada tempat yang terkena sengat tadi.

35- Hilangkan jerawat batuHilangkan jerawat batu dengan ambil sedikit beras, tumbuk hingga halus dan campurkan dengan sedikit air. Gunakan pada waktu hendak tidur, tiga kali seminggu.

36- Serikan wajah Copy/Paste Dari: www.familiazam.com
Serikan wajah dengan rendamkan teh semalaman. Sapukan seluruh muka keesokkan harinya sebelum mandi. Wajah anda akan berasnsur-ansur licin serta kelihatan segar.

37- Menyegarkan kulit mukaSegarkan kulit muka dengan perahan jus epal hijau yang dikatakan menyegarkan kulit muka. Sapu kemuka dan biarkan selama 5 hingga 10 minit kemudian cuci muka dengan air bersih.

38- Rawat kulit melecur Rawati kulit yang melecur dengan susu cair atau susu pekat manis. Tuang keatas bahagian yang terkena air panas. Pastinya ia tidak akan mengelembung dan berparut.

39- Hilangkan bau mulutHilangkan bau mulut dengan menumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkih dan tiga ulas bawang putih. Gosokkan pada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukan 3 hari sekali.

40- Masalah kencing manisUbati kencing manis dengan hempedu ayam. Simpannya di dalam peti sejuk. Esoknya ketika hempedu itu telah beku, telannya bersama air sejuk. Lakukan selama seminggu.

41- Minyak hilangkan ketuat
Copy/Paste Dari: www.familiazam.com
Jika minyak menggoreng anda sudah terlalu hitam, jangan di buang. Gunakan ia untuk menghilangkan ketuat. Caranya sapu minyak tersebut pada ketuat dan ulangi langkah tersebut 3-4 kali sehari sehingga ketuat itu hilang.