Monday, June 15, 2009

SUKAD PETAS


pic kat sebelah ni, masa aku join Sukad Petas.
Pada malam tu, aku n da geng kena join perbarisan. so sebelum perbarisan bermula sempat gak ler kami berposing. hehehe.. dah ler panas tunggu bermula, berpeluh2. pahtu bosan lak tu. so ni jelah keje yang sempat kami buat. Sukad ni geng Haak join Petas, sebagai memberi sokongan. yelah yang join Petas tu, masing2 dari desasiswa yang berlainan, murtad ke petas jap jer.. aku nyer geng dari Aman Damai, senyum je kat aku. tapi aku buat do noe jer. hehehe.. walaupun aku join sukan tarik tali jer. tapi geng2 aku kalah kepada aman damai gak, yelah geng2 tarik tali dari aman damai, tubuh diorang.. mak ooiii, 2x aku. bayangkan sume org diorang 2x n 3x kami, sekali diorang tarik jela. terjelepoklah kami yang cekeding ni dibuatnyer. tapi xpe, pengalaman, bila lagi kan... bila lagi nak bikin kenangan kat USM. nanti dah xdapat dah.. so, sume best kat USM. sayang sangat2 kat USM.




HAAK dalam kenangan...


inilah aku...
Masa tue aku masih lagi aktif dengan Himpunan Anak-anak Kelantan USM. Aku mula aktif dengan persatuan anak negeri USM ketika aku berada dalam tahun satu lagi. Masa tu YDP HAAK adalah Nor Shayaumil Qairil Eeman@ comey... dari dialah aku belajar selok belok pengurusan projek. Pic kat sebelah tu, aku ambil masa menguruskan lawatan pelajar2 sekolah dari Kelantan dan juga ketika dalam bulan puasa, aku n da geng balik kelantan sebab ada temujanji dengan BTN, berkenaan projek Karnival Pantai Timur. Banyak gak perkara yang dibincangkan, antaranya, Kem Motivasi Kecemerlangan STPM. Kem tersebut telah berjaya dijalankan pada 1 hingga 4 Jun 2009 di Kampus Kesihatan,USM. bila program tersebut tamat lega raser.. yela aku perlu berikan sepenuh komitmen untuk merealisasikan objektif program tersebut dan sedikit sebanyak memberikan imput kepada peserta dan juga aku. seronok sangat dapat layan peserta2. Mereka sporting sangat2. Paling kelakar ketika aktiviti explorace, macam2 ragam leh tengok, ada yang kena tarik botol, ada yang kena pakai tag nama besar, ada yang kena gantung sabut kelapa di badan ler...hahahaha.. eh dah jauh dah aku pegi ni.. baju kat dalam pic yang aku pakai tu adalah baju rasmi HAAK USM. Baju korporat la katakan... Untuk MT HAAK pada yang akan datang, jagalah Haak baik2, jangan biarkan ia berkubur. Ramai yang memandang pada pentadbiran Haak. Tiada yang mustahil. Fikirkanlah..