1. Kenal pasti kelemahan & Tabiat kerja anda – Buat sedikit muhasabah dan analisa terhadap tabiat kerja anda yang tidak baik. Apabila anda telah mengetahui tabiat tersebut sama ada kelemahan dalam merancang masa kerja atau melaksanakan kerja. Maka anda cuba mencari penyelesaian kepada tabiat tidak baik itu supaya anda dapat menyelesaikan kerja tadi dengan masa yang lebih singkat dan tersusun. Kebanyakkan individu tidak menganalisa kerja mereka sama ada sudah efektif atau ada cara lain yang lebih cepat serta menjimatkan masa.
2. Berlengah-lengah - Ini tabiat “popular” bagi remaja. Memulakan kerja sehingga berdozen-dozen namun tidak menghabiskannya. Ada banyak punca mengapa perkara ini berlaku antaranya sikap tidak yakin kepada kebolehan diri, tidak optimis dan sikap negetif kepada kerja tersebut. Sebab lain ialah tidak tahu meletakkan “aulawiyat” iaitu keutamaan dalam kerja mereka. Kenal pasti segera supaya ia tidak melarat “penyakit” berlengah-lengah ini kepada masa depan anda.
3. Tidak perlu sibuk tapi produktif. Bekerja dalam keadaan siduk amat memenatkan dan memuaskan. Anda tidak perlu kehulu kehilir untuk membuat satu kerja sahaja. Tapi bahagikan kerja anda dan hasilnya akan lebih baik. Sebagai contoh anda sebagai pengerusi biro dalam organisasi anda, anda boleh pecah-pecahkan kerja tersebut kepada ajk biro anda. Mudah dan cepat bukan. Kerja yang anda lakukan dalam masa 5 jam sendirian akan bertukar menjadi 1 jam sahaja. Ingat fokus kepada produktiviti bukan kecelaruan dalam kesibukkan.
4. Bunuh “Pembunuh Masa” – Kenal pasti pembunuh masa anda seperti leka bermain game atau flash game, bergayut menelefon kerana ia akan mengalihkan fokus kerja anda. Masa rehat itu perlu tetapi jangan sampai membazir masa. Rehatlah dengan sewajarnya.
5. Realistik dalam bertindak – Ramai daripada remaja mahupun eksekutif muda percaya bahawa dalam melakukan kerja WAJIB mencari kesempurnaan. Terimalah hakikat kita manusia yang punyai kekurangan dan kita tidak tinggal di alam Syurga yang penuh dengan kesempurnaan. Petua yang anda perlu pegang ialah melakukan kerja tidak perlu sempurna tetapi cemerlang. Berusaha mencari kecemerlangan bukan kesempurnaan.
No comments:
Post a Comment